Forever

Wednesday, 2 April 2014

throwback

Hari ni sudah setahun konvo aku yg bertarikh 02042013. Kenangan ini xdapat dilupakan. FOREVER. 
Kali ni, konvo kawan baik aku masa aku susah senang. alangkahnya kalau aku ada di situ berkongsi hepi dgn mereka. sbb dia nak aku ada di sana jugak.
tapi aku xdapat gi pulakk. sebab esok ada sukan perdana di tempat kerja aku.
adeiii. tp xpa... hari lain kan ada.. so aku boleh gi sana bila2 masa nahh.hehe.
aku rindu kawan2 yg spesel ni. haa.. tunggu aku ye.
aku memang rindukan kenangan kita masa di poli dulu2..
memang terbaikkkk ! ! !

Ni kawan2 pompuan yg spesel masa di poli..

Jamuan Perpisahan KKA Sesi Jan 2010

Persembahan Koir tahun 2011

Majlis Mesra Bersama Media tahun 2009

Inilah kawan2 baik aku akan konvo harini (02042014).
Tahniahhhhh ! ! !

*bulan Mei ni agaknya aku nak datang.. Harap2nyaaa*


Sunday, 23 February 2014

Kalau boleh . . .

Nak lupakan semuanya. Sokonglah aku apabila aku memerlukannya.

Wednesday, 22 January 2014

Terkenang balik :(

Assalamualaikum. Lama gila xupdate di sini. Bukan pe, xda masa nk update blog ni. Maklum la skg ni dah langkah dunia pekerjaan. Umur dah naik pulak. Ada la rasa nak kawen aje. Hehehe. 

Ni aku sempat update sbb aku terkenang balik masa poli dulu2. Dan juga teringat arwah kawan2 aku. erm.. Syahdu betul bila teringatnya. Syakiera, Liyana, dan Fauzy. Mereke ni kawan saya semasa belajar di poli. Mereka masih muda lagi. Arwah Syakiera ni kawan sekelas aku dan merupakan kawan rapat aku di poli. Beliau ni macam sayangkan aku lagi sebab aku hanyalah seorang insan istimewa. Misalnya, beliau sudi bantu aku ketika aku susah senang masa belajar. Terlalu banyak kenangan bersama beliau. Tapi, Allah Maha Yang Esa yang menyayanginya. (Semoga arwah mu bersemadi dgn tenang. Aminnn) 

Arwah Liyana pulak mcm adik aku sndiri. Dia sentiasa layan aku mcm kakak dia sendiri. Sebab beliau tau aku ni seorang insan instimewa. Dan last tu dia kata nak jumpa aku sebab lama xjumpa. (Masa tu dia tukar poli ke Perlis) . So aku gi la jumpa dia memandangkan pada masa tu aku dok free lagi. Tak sangka, lepas beberapa hari je, beliau telah pergi menghadap pada IllahiNya. Apakah daya, Allah lebih menyayanginya daripada kami semua. Al-fatihah buat mu, arwah adik ku. tenang lah di sana ye. InsyaAllah.

Arwah Fauzy ni serupa gak dgn aku iaitu insan istimewa. Masa tu, kami xberapa rapat sangat. Hanya saling bantu membantu sekiranya ada masalah. Dia mmg baik dgn semua dan seorang pendiam. Lepas tamat konvokesyen, beliau teruskan hidup macam biasa. Tapi beliau ada penyakit jantung. (tak sure la). Dulu, beliau penah masuk wad. Sebab masa tu dia macam sesak nafas aje. Dan Allah SWT jugak menyayanginya. Arwah ni mempunyai seseorang yg sangat menyayanginya. Kesian pulak aku tengok seorang gadis yang mendambakan kasih sayang oleh arwah Fauzy. (Semoga gadis tu sentiasa tabah. Amin) . Moga arwah Fauzy bersemadi dgn aman. Amin.


Mood aku masa ni adalah SEDIH  :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poSt yg tErbAik...

 
Copyright© All Rights Reserved namaakufaten.blogspot.com
Cool Yellow Outer Glow Pointer