Forever

Wednesday, 22 January 2014

Terkenang balik :(

Assalamualaikum. Lama gila xupdate di sini. Bukan pe, xda masa nk update blog ni. Maklum la skg ni dah langkah dunia pekerjaan. Umur dah naik pulak. Ada la rasa nak kawen aje. Hehehe. 

Ni aku sempat update sbb aku terkenang balik masa poli dulu2. Dan juga teringat arwah kawan2 aku. erm.. Syahdu betul bila teringatnya. Syakiera, Liyana, dan Fauzy. Mereke ni kawan saya semasa belajar di poli. Mereka masih muda lagi. Arwah Syakiera ni kawan sekelas aku dan merupakan kawan rapat aku di poli. Beliau ni macam sayangkan aku lagi sebab aku hanyalah seorang insan istimewa. Misalnya, beliau sudi bantu aku ketika aku susah senang masa belajar. Terlalu banyak kenangan bersama beliau. Tapi, Allah Maha Yang Esa yang menyayanginya. (Semoga arwah mu bersemadi dgn tenang. Aminnn) 

Arwah Liyana pulak mcm adik aku sndiri. Dia sentiasa layan aku mcm kakak dia sendiri. Sebab beliau tau aku ni seorang insan instimewa. Dan last tu dia kata nak jumpa aku sebab lama xjumpa. (Masa tu dia tukar poli ke Perlis) . So aku gi la jumpa dia memandangkan pada masa tu aku dok free lagi. Tak sangka, lepas beberapa hari je, beliau telah pergi menghadap pada IllahiNya. Apakah daya, Allah lebih menyayanginya daripada kami semua. Al-fatihah buat mu, arwah adik ku. tenang lah di sana ye. InsyaAllah.

Arwah Fauzy ni serupa gak dgn aku iaitu insan istimewa. Masa tu, kami xberapa rapat sangat. Hanya saling bantu membantu sekiranya ada masalah. Dia mmg baik dgn semua dan seorang pendiam. Lepas tamat konvokesyen, beliau teruskan hidup macam biasa. Tapi beliau ada penyakit jantung. (tak sure la). Dulu, beliau penah masuk wad. Sebab masa tu dia macam sesak nafas aje. Dan Allah SWT jugak menyayanginya. Arwah ni mempunyai seseorang yg sangat menyayanginya. Kesian pulak aku tengok seorang gadis yang mendambakan kasih sayang oleh arwah Fauzy. (Semoga gadis tu sentiasa tabah. Amin) . Moga arwah Fauzy bersemadi dgn aman. Amin.


Mood aku masa ni adalah SEDIH  :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poSt yg tErbAik...

 
Copyright© All Rights Reserved namaakufaten.blogspot.com
Cool Yellow Outer Glow Pointer